29 Jul 2019
Labis, 29 Julai 2019, Tuan Yang Dipertua MDL Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim dan Tuan Pengarah PLANMalaysia@Johor Tn. Hj Mohd Faidzal Bin Hamzah telah mengadakan sesi perbincangan HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat MDL.
Bersemperna dengan sesi tersebut Tuan Pengarah PLANMalaysia@Johor Tn. Hj Mohd Faidzal Bin Hamzah dan rombongan dibawa melawat ke Kolam Air Panas, Pusat Kayu Warisan, Hutan Lipur Taka Melor, Pusat Ternakan Kelulut dan Pusat Kraf Labis.