Operasi ke atas penjaja buah bermusim yang tidak mendapatkan permit daripada Majlis Daerah labis dan penjaja juga telah diberikan amaran lisan kepada penjaja untuk melakukan aktiviti perniagaan di kawasan yang sesuai dengan mengambil kira faktor keselamatan orang awam yang lain serta perlu mendapatkan permit penjaja terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti perniagaan daripada Majlis Daerah Labis.
keadaan ini adalah kesalahan dengan peraturan MDL iaitu “Seseorang yang tidak mempamerkan atau mengemukakan Lesen atau permit adalah bersalah atas sesuatu kesalahan dan boleh dsabitkan dibawah peruntukkan akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 itu di bawah subseksyen (5).
Malahan, dalam peruntukan akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan itu dibawah subseksyen 46 (1) (a) “halangan”, membina, menegakkan, mendirikan atau mneyelenggara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan atau diselenggara sesuatu tembok , pagar , susur , tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda , atau lain-lain halangan, di mana-mana tempat awam.
Bahagian Penguatkuasa Majlis Derah Labis akan sentiasa memberikan kesedaran dan mendidik orang awam dalam mengelakkan kesalahan seperti ini tidak berulang.