31 May 2023
Kakitangan Majlis Daerah Labis berkesempatan untuk menjalani Program Saringan Pemeriksaan Kesihatan Oleh KPJ Kluang Specialist Hospital. Taklimat kesihatan juga telah disampaikan oleh Dr. Abdul Muiz Bin Mohd Razali Dan Puan Nur Atika Binti MHD Razali yang bertajuk ‘Lifetime Modification’ dan ‘Intermittent Fasting’. Saringan tersebut merangkumi diet kaunseling, berat badan, ukuran tinggi, body mass index (BMI), tekanan darah, paras gula dalam rendah, body compisition, kolestrol dan uric acid.
Program seperti ini bertujuan bagi memberi kesedaran bahawa pentingnya penjagaan kesihatan yang optimum.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.