25 Jul 2023
Telah berlangsung majlis makan tengah hari Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Labis bersama Ahli Majlis Daerah Labis, Ex-oficio serta seluruh warga kerja Majlis Daerah Labis.
Majlis ini bersempena perpindahan serta meraikan hari ulangtahun kelahiran Encik Herman Bin Raban, Yang Dipertua, Majlis Daerah Labis.
Selain itu, En Herman Bin Raban bertanggungjawab dalam membantu misi pasca banjir ketika bencana tersebut melanda seluruh kawasan Labis dan Chaah. Warga kerja MDL merakamkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan serta kepimpinan selama mentadbir MDL menjadi sebuah PBT yang bistari dan mampan.
Selamay Maju Jaya diucapkan!