12 Aug 2023
Sabtu | Dewan Serbaguna Taman Wira, Labis
Perjalanan Sesi Taklimat & Pendaftaran Bagi Kempen Tiada Beg Plastik Percuma di Peringkat Majlis Daerah Labis. Penglibatan Pemegang lesen Perniagaan di sekitar Kawasan Majlis Daerah Labis mendapat maklumbalas yang positif bagi penerangan secara jelas tentang kempen tersebut.
Terdapat juga sesi Soal & Jawab ( Q& A ) antara Wakil Majlis Daerah Labis dan Pelesen/ Pemilik Perniagaaan berkaitan dengan Pelaksanaan kutipan RM 02.0 bagi penggunaan plastik kelak.
Terima kasih kepada pelesen / pemilik perniagaan yang meluangkan masa untuk hadir sebagai tanda sokong terhadap kempen ini. Disamping itu, Aktiviti pemeran daripada Agensi Kerajaan dan Swasta yang terlibat juga dapat memeriahkan lagi suasana sesi taklimat dan pendaftaran ini.