-
Orang ramai yang berurusan sama ada di kaunter mahupun terus dengan kakitangan majlis akan diberi layanan dengan baik dan mesra atas semua urusan yang dijalankan.
-
Permohonan untuk mendapatkan lesen premis perniagaan akan diluluskan dalam tempoh satu (1) bulan jika semua syarat telah dipatuhi.
-
Mengeluarkan bil-bil cukai harta kepada pembayar kadar pada awal Januari bagi sesetengah tahun pertama dan awal Julai bagi bagi setengah tahun kedua.
-
Permohonan pelan-pelan cadangan tambahan yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 akan diluluskan dalam tempoh satu (1) bulan.
-
Sijil layak menduduki bagi projek-projek perumahan akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh permohonan diterima dengan syarat semua keperluan jabatan-jabatan berkenaan telah dipatuhi.
-
Memastikan konsortium pembersihan menjalankan kerja-kerja pembersihan mengikut jadual yang ditetapkan.
-
Aduan pelanggan ditangani dalam masa 24 jam.