A. SYARAT-SYARAT LESEN PERNIAGAAN
- JIKA PERNIAGAAN TELAH DIJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN SEBELUM LESEN DIKELUARKAN, MAKA TINDAKAN KOMPAUN AKAN DIKENAKAN.
- ATAUPUN BOLEH DATANG KE KAUNTER PELESENAN UNTUK PERMOHONAN LESEN SEMENTARA PERNIAGAAN BAGI ELAK KOMPAUN ATAU INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN KADAR SEGERA.
- TEMPOH SAH LAKU LESEN IALAH SEHINGGA 31 DISEMBER BAGI TIAP-TIAP TAHUN
- DENDA 2 KALI GANDA AKAN DIKENAKAN, JIKA PELESEN MENJELASKAN BAYARAN LESEN SELEPAS TARIKH TERSEBUT. RUJUK UUK 7 (B) BAYARAN DENDA (LESEN) MDL 2011.
- LESEN PERNIAGAAN YANG TIDAK DIJELASKAN UNTUK TEMPOH SELAMA 2 TAHUN BERTURUT-TURUT BOLEH DIBATALKAN SECARA AUTOMATIK.
B. PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN BAGI MAJLIS DAERAH LABIS
- TEMPOH PEMBAHARUAN LESEN ADALAH BERMULA PADA 01 JANUARI SEHINGGA 31 MAC SETIAP TAHUN
- SEKIRANYA PEMBAHARUAN LESEN DI BUAT SELEPAS TEMPOH TERSEBUT, DENDA DUA (2) KALI GANDA DARIPADA KADAR BAYARAN LESEN TAHUNAN AKAN DIKENAKAN.
- MANA-MANA LESEN YANG TIDAK DIPERBAHARUI SELEPAS TEMPOH ITU, TINDAKAN KOMPAUN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MDSS) 1982 JUGA AKAN DIKENAKAN.
C. PENGECULIAN BAYARAN LESEN KATEGORI LESEN PENJAJA
- BERKUATKUASA 01 SEPTEMBER 2018, SEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR TELAH BERSETUJU BAGI PELAKSANAAN PENGECUALIAN BAYARAN LESEN KATEGORI PENJAJA SEBAGAI SATU KEBAJIKAN KEPADA GOLONGAN PENIAGA KECIL DI NEGERI JOHOR.
- BAGI MAJLIS DAERAH LABIS, LESEN PENJAJA INI TELAH DIKECUALIKAN TETAPI DIKENAKAN KADAR SEWA PETAK NIAGA DAN DIKENAKAN KUPON HARIAN (YURAN KEBERSIHAN) BAGI JENIS PENJAJA PASAR LAMBAK (MALAM/PAGI), RUJUK: JENIS KADAR LESEN/ PERMIT / PERKHIDMATAN / JUALAN
- CAJ LAIN SEPERTI PROSES PERMOHONAN DAN KADAR PERKHIDMATAN/ JUALAN TETAP DIKENAKAN
- SEBARANG PERTANYAAN TENTANG LESEN BOLEH TERUS MENGHUBUNGI KAUNTER PELESENAN MAJLIS DAERAH LABIS DI TALIAN 07-925 6030.
D. JENIS-JENIS LESEN /PERMIT /SEWA PETAK YANG DITAWARKAN OLEH MAJLIS DAERAH LABIS
- LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN (PERNIAGAAN KHAS)
- LESEN BANGKU PASAR DAN GERAI MAJLIS
- LESEN ANJING
- SEWA PETAK BAGI PENJAJA PASAR MALAM/PAGI, PENJAJA BEREDAR, PENAJA MENETAP DAN CAR BOOT SALE
- PENGELUARAN PERMIT SEMENTARA IAITU MENJUAL BUAH-BUAHAN BERMUSIM (SPT DURIAN, TEMBIKAI, PISANG DLL), JUALAN BUAH-BUAHAN BERMUSIM, PERMIT MENJUAL BARANGAN PELBAGAI, PERMIT KAKI LIMA (BUKAN PEMILIK LESEN/ PEMILIK LESEN), PROMOSI JUALAN/ PROMOSI PRODUK DAN PERMIT SEMENTARA BAGI PERMOHONAN DI TANGGUHKAN ATAU TIDAK DILULUSKAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU SEPERTI TIDAK MENDAPAT SOKONGAN JABATAN TEKNIKAL (LESEN SEMENTARA PERNIAGAAN)
- PERMIT PEMASANGAN IKLAN/BANTING /SEPANDUK SEMENTARA
E. PERKHIDMATAN LAIN
- PROSES PEMBATALAN LESEN PERNIAGAAN / PERMIT YANG BERKAITAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU
- PENCARIAN MAKLUMAT LESEN / RESIT BAGI ATAS SBEB HILANG/ ROSAK DENGAN KADAR TERTENTU
- PENJUALAN BUKU SUNTIK BAGI PENGENDALI MAKANAN
- PENJUALAN PATIL, APRON, TOPI BAGI KEGUNAAN PENIAGA-PENIAGA DI BAWAH MAJLIS DAERAH LABIS
F. JENIS KADAR LESEN/ PERMIT / PERKHIDMATAN / JUALAN
G. BORANG PERMOHONAN BOLEH DIMUAT TURUN
- BORANG PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN DAN PAPAN IKLAN
- BORANG PERMOHONAN SEWA PETAK / PERMIT PENJAJA
- BORANG PERMOHONAN KAKI LIMA
- BORANG PERMOHONAN ANJING
- BORANG PERMOHONAN BAGI TUKAR NAMA LESEN/TUKAR ALAMAT/TUKAR KADAR LESEN
- BORANG PERMOHONAN PEMBATALAN LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN/SEWA PETAK KATEGORI PENJAJA BORANG
- BORANG PERMOHONAN PEMASANGAN IKLAN/BANTING/SEPANDUK SEMENTARA
H. NOTIS/PEMAKLUMAN BAGI TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2.0 KEPADA PELESEN – PELESEN MAJLIS DAERAH LABIS - COVID 19