Apakah itu e-Pembuatan Keputusan?
E-pembuatan keputusan ialah penggunaan medium ICT untuk meningkatkan input rakyat dalam proses membuat keputusan oleh pihak Majlis Daerah Labis
Bagaimanakah untuk anda memberi input kepada e-Pembuatan Keputusan?
Dari masa ke semasa pihak Majlis Daerah Labis akan mewujudkan saluran untuk rakyat memberikan input agar pihak Majlis Daerah Labis dapat menggunakan input tersebut bagi mempertingkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.
Anda boleh menjawab kajiselidik yang akan kami jalankan dari masa ke semasa. Selain itu, anda juga boleh mengikuti kami di media sosial rasmi Facebook MDLabis, Instagram MDLabis dan juga Tiktok MDLabis bagi mendapatkan maklumat terkini termasuk pengumuman aktiviti yang melibatkan e-Pembuatan Keputusan.
Apakah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di dalam proses penglibatan e-Pembuatan Keputusan?
Sila rujuk polisi e-Penyertaan di sini.
Kajian Selidik
Pihak Majlis Daerah Labis ingin mendapatkan maklumat kajian keputusan pelanggaan MDL sebagaimana borang di bawah. Tempoh kaji selidik sehingga 31 Disember 2024