Pusat Rekreasi Air Panas
Pintu Masuk Kolam Air Panas
Dahulu |
Sekarang |
Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).
Penduduk berbilang bangsa iaitu sebilangan kaum Cina mejalankan perniagaan di pekan kecil Pekan Air Panas dan juga komuniti masyarakat Melayu dan Orang Asli mendiami sebahagian Besar Kampung-kampung berhampiran. Selain daripada itu juga di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok, serta Empangan Juaseh dan juga di pekan ini terdapat dusun buah mata kucing yang banyak.
Asal Usul
Penerokaan Kampung Tenang bermula sejak awal tahun 1801. Kawasan tersebut telah dibuka oleh Tok Tenang. Tok Tenang seorang penghulu pada ketika dahulu. Beliau menjumpai ketika membersihkan kawasan hutan untuk tujuan membesarkan kawasan Kampung Tenang.
Kolam Air Panas terbahagi kepada 4 kolam dengan kedalam yang berbeza-beza. Kawasan ini sesuai dijadikan tempat beriadah seisi keluarga. Selain itu turut disediakan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak, surau, tandas lelaki dan perempuan. Selain air panas, kawasan ini dikelilingi oleh tasik buatan.
Pekan Air Panas ini diambil bersempena dengan air panas yang terdapat disini. Pekan ini juga dikenali sebangaiTenang. Pekan ini telah dibuka pada hari Khamis, 3 Disember 1806. Nama Tenang telah diberi oleh penduduk pertama yang membuka tempat ini iaitu Tuan Haji Muhammad Arifin Bin Aladin atau juga dikenali sebagai "Tok Tenang". Namun begitu, pekan ini telah dengan rasminya dinamakan Pekan Air Panas.
Misteri Kolam Air Panas
Waktu yang tunggu sudah tiba. Tuk Tenang masih bersila lagi tanpa menghiraukan anak buahnya yang lain. Sebenarnya Tuk Tenang sedang memikirkan sesuatu. Dia harus membuat keputusan yang tepat.
Setengah jam kemudian, Tuk Tenang kembali merenung anak-anak buahnya. Wajahnya kembai berseri lalu dia memberi sebuah senyuman kepada semua anak buahnya. Tuk Tenang mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan bumi Segamat.
Pada hari yang ditetapkan, bersiap sedialah Tuk Tenang untuk merantau bersama dengan 30 orang keluarga anak buahnya. Tuk Tenang sendiri membawa kelima-lima anaknya yang terdiri dari Halimah, Abu Soat, Shahabudin, Hassan dan Abu Bakar.
"Tuk Tenang terpaksa meninggalkan tanah tumpah darahnya, Segamat kerana dia merasakan dirinya sudah tidak serasi dengan bumi Segamat itu," ujar Haji Ahmad Layot merupakan salah seorang dari keturunan Tuk Tenang.
Menurut Haji Ahmad Layot lagi, sehingga sekarang nama Tuk Tenang sentiasa menjadi kebanggaan penduduk Kampung Tenang. Malahan nama Tuk Tenang terus bersemadi bersama-sama dengan nama kampung tersebut.
Penerokaan Kampung Tenang bermula sejak awal tahun 1801. Lebih kurang 189 tahun yang lampau. Tuk Tenang membersihkan kawasan baru itu bersama anak buahnya. Pada mulanya bumi yang baru diterokai itu tidak begitu subur.
Tuk Tenang yakin bahawa segala usaha yang dilakukannya akan mendatangkan hasil. Oleh kerana itu, Tuk Tenang bercucuk tanam dan bersawah padi di Kampung baru itu. Segala yang diusahakan memberi manfaat yang besar kepada mereka. Semua tanaman termasuk padi terus menjadi-jadi. Malah zuriat Tuk Tenang terus bertambah dan berkembang sehingga ke hari ini.
Tuk Tenang sendiri menjadi penghulu di kampung tersebut. Dia yang mempunyai kepandaian dalam ilmu dunia dan akhirat, jadi tumpuan anak-anak buahnya, tempat mengadu dan meminta nasihat.
Pembukaan Kampung Tenang ini sering dikaitkan dengan penemuan sebuah kolam air panas. Tuk Tenang menjumpai kolam tersebut ketika sedang membersihkan kawasan hutan untuk membesarkan kawasan Kampung Tenang.Tuk Tenang mendapati seluruh kawasan kolam itu berair. Lalu dia mengambil kata sepakat dengan anak-anak buahnya untuk membuat sawah. Setelah membersihkan kawasan berair di sekitar kolam tersebut maka jadilah kawasan sawah.Lama-kelamaan Tuk Tenang mendapati di sekitar sawahnya mengeluarkan buih seperti buih air panas yang mendidih.
Akhirnya Tuk Tenang membiarkan saja kawasan itu dan menjadikannya sebuah kawasan kolam air untuk membasuh pakaian dan bermandi manda. Selain untuk kegunaan harian, mereka juga mempercayai air panas itu boleh memulihkan sebarang jangkitan penyakit kulit. Dipercayai air panas dari kolam itu juga menyegarkan badan. Kerana cerita-cerita itulah kolam air panas jadi tumpuan seluruh penduduk berhampiran.
"Ada juga pihak yang mengatakan, suatu waktu dulu, entah bila, sebuah kapal dagangan yang membawa belerang tenggelam di dasar kolam itu. Peliknya, di sekitar kawasan air panas itu tidak ada kesan-kesan yang kolam tersebut merupakan sebuah laluan sungai. Ini sukar untuk dipercayai," terang Haji Ahmad Layot dengan nada perlahan. Dia yakin dan percaya semuanya itu adalah cerita yang ditokok tambah.
Malah dalam sejarah pembukaan kampung tersebut menunjukkan yang kolam itu telah pun ada sebelum berlakunya Perang Jementah dalam tahun 1879. Mustahil pula ada kapal yang tenggelam di dasar kolam air panas itu diputar belitkan.
Sehingga sekarang, Kolam Air Panas, di Kampung Tenang terus menjadi misteri kepada penduduk sekitar serta orang luar. Apa yang disayangkan kolam air panas itu terus terbiar sepi tanpa perubahan. Beberapa tahun lalu ada juga pihak tertentu berusaha memulihkan kolam tersebut tetapi sekerat jalan saja. Namun sehingga ke hari ini, masih ada pelawat-pelawat dari jauh datang menjenguk kolam tersebut.
Sekitar kolam air panas itu sudah dipenuhi semak samun. Titi yang dibina sudah kelihatan usang tanpa dibaikpulih. Ini sungguh merbahaya jika tidak berhati-hati ketika menggunakannya. Keluasan kolam tersebut semangkin kecil disebabkan oleh rumput rampai yang tumbuh. Jika keadaan ini tidak diambil berat oleh pihak tertentu maka akan pupuslah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada penduduk Kampung Tenang sejak dari zaman pembukaannya.Sekurang-kurangnya Kolam Air Panas di Kampung Tenang Labis, Johor ini boleh dijadikan salah satu tempat kunjungan pelancong dari luar dan akan menambahkan satu lagi kawasan rekreasi negara.
(Sumber petikan/Rujukan:/VS Februari 1991)
Kemudahan yang disediakan
Dari segi kemudahan infrastruktur, terdapat beberapa kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti berikut :-
- 2 kolam mandian utama berbumbung
- 2 kolam mandian utama tidak berbumbung
- 2 bangunan bilik persalinan dan tandas untuk lelaki dan perempuan;
- 1 bangunan surau
- 1 bangunan kitar semula;
- 1 pondok pengawal keselamatan
- 5 buah pondok rehat gazebo
- Taman Permainan Kanak-kanak dan “Outdoor Fitness Gym”
- Tempat letak kenderaan dan
- Sebuah tasik buatan.
Laman Nadir Dan Taman Permainan
Konsep
“Berubat Sambil Berrekreasi“
Perubatan
Proses penjanaan dan pemulihan untuk mengurangkan jumlah kerosakan yang merangkumi proses pembuangan dan penggantian tisu-tisu
Rekreasi
Pengisian masa terluang dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan kesegaran (refreshment) dalam bentuk aktif atau pasif.
Keistimewaan Kolam Air Panas
- Mengubati pelbagai jenis penyakit kulit seperti Panau, Kurap, Gatal-gatal, Kudis Buta dan sebagainya.
- Mengubati sakit lenguh-lenguh badan dengan merendamkan diri di dalam kolam Air Panas.
- Kandungan mineral yang tinggi serta suhu air panas mencecah sehingga 42°C.
- Air sentiasa mendidih, ini dapat dilihat dari buih-buih gelembong panas yang terhasil di dalam kolam utama.
Kolam Air Panas mempunyai keistimewahan yang tersendiri sama ada dari segi berekreasi atau dari segi perubatan kerana di kolam Air Panas terdapat empat kolam yang dapat memberi keseronokkan kepada pengunjung untuk merasai nikmat Kolam Air Panas.. Selain itu, Kolam Air Panas, Labis merupakan salah-satunya Kolam Air Panas yang terdapat di Negeri Johor. Oleh yang demikian, Kolam Air Panas dapat memberi lebih keseronokkan kepada pengunjung kerana ia berbeza dengan tempat-tempat perkelahan dan rekreasi yang lain yang terdapat di negeri Johor, mahupun di semenanjung Malaysia.
Aktiviti yang boleh dijalankan
* Perkhemahan
* Berkelah
* Lawatan pelajar-pelajar
* Bermandi manda
* Beriadah
Waktu Operasi Dan Kadar Masuk
Pusat Rekreasi Kolam Air Panas (Pusat Rekreasi Kolam Air Panas), Labis
Waktu Operasi
Hari | Masa |
Isnin - Jumaat
Sabtu & Ahad Cuti Sekolah & Cuti Umum |
3.00 ptg - 7.00 ptg 9.00 pg - 7.00 ptg 9.00 pg - 7.00 ptg |
Warganegara
Kategori |
Bayaran(RM) |
Dewasa Kanak-kanak ( 12 tahun & ke bawah ) Semua Jenis Kenderaan |
RM 2.00 RM 1.00 RM 2.00 |
Bukan Warganegara
Kategori | Bayaran (RM) |
Dewasa Kanak-kanak ( 12 tahun & ke bawah ) Semua jenis kenderaan |
RM 6.00 RM 4.00 RM 4.00 |
Kolam Jacuzzi
Kategori | Bayaran (RM) |
Warganegara Bukan Warganegara |
RM 30.00 / jam RM 50.00 / jam |
Kapasiti Pelawat:
Hari Biasa : up to 100 people.
Hari Minggu @ Cuti Umum : 300 - 500 orang
Apa yang ada di Taman Nadir Dan Taman Permainan
Sekitar Taman Nadir
Sekitar Taman Permainan Dan Informasi
Taman Permainan Berbentuk Labah – Labah Dan Arca Semut