Air Terjun Sg. Bantang, Bekok
Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkhelahan.
Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan' jungle traking', perkhemahan dan perkhelahan. Sekiranya anda berminat, boleh menghubungi:
Pejabat Hutan Daerah Segamat
No. Tel: 07-9312141
JUNGLE TRAKING
KATEGORI |
CHECK POINT |
KANAK-KANAK DEWASA |
14 CHECK POINT (1.67 KM) 22 CHECK POINT (1.79 KM) |
Kemudahan yang disediakan
Terdapat kemudahan asas yang telah disediakan seperti jambatan, tangga, tempat meletak kenderaan, tempat riadah, tandas awam, tempat persalinan pakaian dan sebagainya. Bagi mereka yang gemar berkhemah, kawasan tapak perkhemahan ada disediakan di sekitar hutan lipur ini.
Keistimewaan
Kawasan ini mempunyai keunikan alam semulajadinya yang tersendiri. Kegemersikan alunan percikan air yang jernih. Kemerduan nyanyian Sang Ungas. Keindahan yang membawa ketenangan dan kedamaian kepada sesiapa yang berkunjung ke sini pastinya meninggalkan memori yang indah.
Kemudahan disediakan di Air Terjun Sungai Bantang, Bekok