MENU

Banjaran Gunung Tenang 

Pantun orang Asli ketika mereka membuka kampong Tenang, Labis.

" Ngilir Tenang Mudik Juaseh,
     Singah Teluk Ngetam Papan,
     Hati Terkenang Budi Yang Kasih,
     Nasi Senduk Tidak Termakan

Rujukan: Segamat, Sejarah & Mitos

 

 

Sejarah Pembukaan Labis

peta mdl

Labis dahulunya adalah gabungan beberapa buah kampung melayu di antaranya Kampung Paya Merah, Kampung Tenang dan Kampung Sg Gatom. Penduduk bersawah padi untuk mendapatkan beras sebagai sumber makanan utama disamping ternakan ayam dan itik kampung Terdapat sebuah ladang getah yang dibuka oleh penjajah Inggeris dikenali sebagai North Labis Estate dan beberapa di sekitar Labis dan ladang Kelapa Sawit di Chaah telah membawa kepada kemasukan kaum India sebagai buruh di ladang.

Bandar Labis, pekan Chaah dan Bekok pula suatu masa dahulu adalah kawasan penempatan semula kaum cina semasa  berlaku darurat, di mana kerajaan membina rumah-rumah tersusun untuk menempatkan dari kawasan pendalaman dan hutan dari diburu atau dipengaruhi pengganas komunis pada masa itu. Dan ia semakin berkembang.